Sunday, March 13, 2011

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC


Ditujukan Khas Kepada Ibu Bapa..

Kekadang ungkapan MAAF dan SYUKRAN dari lisan anak mu ini sukar untuk dilafazkan, ketahuilah bahawa sesungguhnya anak mu ini amat2 menyayangimu dunia dan akhirat..

MAAF
Sejuta kemaafan atas segala kesilapan, kekurangan dan kealpaan yang pernah mahupun yang akan dilakukan samada secara sengaja atau tidak.. anakmu ini tidak berniat untuk mengecilkan hatimu..

SYUKRAN
Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dikorbankan.. anakmu ini cuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan demi membalas jasamu.. walaupun ianya tidak setanding dengan pengorbananmu.. semoga Allah menganugerahkan hasanat atas setiap keringatan dan susah payah yang dicurahkan..




Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

No comments:

Post a Comment