Saturday, April 9, 2011

Pasrah Segalanya - DeHearty


Lagu ini ditujukan khas kepada adik Mohamad Hanafi Bin Yahcob..
Ustaz berharap agar ukhuwah kita akan kekal selamanya tanpa sebarang noktah..
Walaupun kadang2 terasa dugaan yang menimpa sangat2 menghiris hati, tapi ustaz akan memotivasikan agar terus membantu adik kerana itu merupakan janji ustaz kepada "amah"..
Bantulah ustaz untuk membantu adik..
Tolong jangan buat ustaz rasa bersalah..

Taman2 indah yang telah adik dirikan dalam hati ustaz ini, akan terus berkembang dengan bunga yang berwarna-warni, wangi semerbak, segar subur..



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Monday, March 14, 2011

Selamat Berjuang - Brothers


Ditujukan khas kepada Al-Imtiaz..

Alhamdulillah, Al-Imtiaz telah berjaya membuktikan kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2010..

Tahniah kepada:
Mohd Syukri Ismail - 8A 1B
Mohamad Hanafi Yahcob - 7A 2B
Muhammad Addin Jasmah - 7A 2B
Nur Ajmal Jamainal - 7A 2B

Tidak dilupakan kepada penulis - Shahrin Wasli selaku mentor Al-Imtiaz..

Teruskan perjuangan kalian dalam menempuh kehidupan yang mendatang..
Banyak lagi imtihan dalam hidup ini..

Al-Imtiaz selamanya..




~ ~ ~ I Love Al-Imtiaz ~ ~ ~
~ ~ I Love Al-Imtiaz ~ ~
~ I Love Al-Imtiaz ~

10 Petanda Dia Jodoh Kita



Usia semakin meningkat..
perihal jodoh terus menjadi persoalan di bibir2 ahli keluarga dan kawan2..
apakah jawapannya??
ntah la..
mungkin masih belum sampai seru..
huhu..



~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Kawan, Sahabat, Teman




Sudah lama tidak berjumpa dengan SAHABAT team.. ada di antaranya yang sudah mencecah sembilan tahun tidak bersua muka.. alhamdulillah, alam maya dan telefon menjadi penghubung..

Jalinan ukhuwah kami sebelas pelajar bermula di bumi SMUIP 1997 dan diteruskan di bawah langit SMATPHR sehingga 2002..
Kita semua telah mengukir sejarah dunia SMUIP apabila kita semua pelajar lelaki berjaya lulus peperiksaan SMU 2000 buat pertama kali..
Dan kita mendapat ANUGERAH PELAJAR ISTIMEWA..

Kita bersebelas tetap jadi kawan, sahabat dan teman buat selamanya..
Mungkin disebabkan bilangan pelajar lelaki yang sedikit, ini telah menjadikan ukhuwah kami semakin rapat dan kuat..

TERIMA KASIH kepada SAHABAT team semua..
Shahrin Wasli,
Sharudin Osman,
Sharull Jalani,
Suhairin Saidi,
Roslin Saidi,
Nazmirul Yussin,
Abdul Muhaimin Jasri,
Abdul Jamal Abdul Malik,
Abdul Rahman Ahmad,
Mohd Nasruddin Awang,
Amirul Nizam Hasah..
Kerana sudi menjadi kawan, sahabat dan teman aku..
Dulu kini dan selamanya..

Saya suka melihat persahabatan yang terjalin di antara pelajar2 tingkatan 4 di SMKAL..
Di antara..
Mohammad Hanafi Yahcob,
Mohd Syukri Ismail,
Muhammad Addin Jasmah,
Nur Ajmal Jamainal,
Mohd Amirul Hilmi Mohd Hanoin,
Mohd Fariz Razali,
Mohd Zulfadli Ag Damit,

Jalinan Persahabatan mereka ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap SAHABAT team..

Tidak dilupakan TEMAN SEJATI team yang tercipta di atmosfera UIAM..
Shahrin Wasli,
Ahmad Shamil Shahrin,
Nik Mohd Syahrul Nizam Nik Mat Daud,
Mohd Firdaus Zaini,
Mohd Azlan Yussof,
Mohd Hadlisham Mohamad,
Sulaiman Jamali,
Rindu dengan kamu semua..


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Pesanan Buat SAHABAT..
(Credited to Mohammad Hanafi Y)

Sahabat...
kadang ingin menegur
tapi rasa hati itu menghalang
tapi kerana kasih perlu ditegur
berilah kekuatan...

Kawan...
hadirnya anugerah Tuhan
mewarnai kehidupan
seindah-indah penciptaan...

Bahagianya...
ada kawan
menemani sepanjang zaman
susah senang tidak sendirian
saling membantu tanpa balasan
ikhlas menyulam persahabatan...

Pedihnya...
ada kawan
datang pergi tidak ketentuan
hadir dengan kepentingan
tak rela bersusahan
sekadar di pinggiran...

Namun...
apapun nilaian
apapun pengertian
ku terima apa adanya
sejuta penghargaan
kerana kalian masih sudi
menerimaku sebagai kawan...

Sunday, March 13, 2011

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC


Ditujukan Khas Kepada Ibu Bapa..

Kekadang ungkapan MAAF dan SYUKRAN dari lisan anak mu ini sukar untuk dilafazkan, ketahuilah bahawa sesungguhnya anak mu ini amat2 menyayangimu dunia dan akhirat..

MAAF
Sejuta kemaafan atas segala kesilapan, kekurangan dan kealpaan yang pernah mahupun yang akan dilakukan samada secara sengaja atau tidak.. anakmu ini tidak berniat untuk mengecilkan hatimu..

SYUKRAN
Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dikorbankan.. anakmu ini cuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan demi membalas jasamu.. walaupun ianya tidak setanding dengan pengorbananmu.. semoga Allah menganugerahkan hasanat atas setiap keringatan dan susah payah yang dicurahkan..




Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Thursday, March 10, 2011

Doa Seorang Kekasih (In-Team)



Ya Allah, jodohkanlah aku dengan wanita yang baik lagi solehah.. agar kami mampu membina usrah sakinah di bawah lembayung Rahmat, Mahabbah dan Maghfirah-Mu ya Allah.. demi memperjuangkan ad-din al-haq..



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, March 6, 2011

Ku Dambakan Cinta-MU..




Carilah KEMULIAAN bukan kemahsyuran..
Carilah HIDAYAH ILAHI yang tersedia di dalam Al-Quran..
Carilah KETENANGAN HAKIKI yang terkandung dalam indahnya zikrullah..
Carilah REDHA IBU BAPA kerana disitu terletak redha llahi..
Carilah SAHABAT yang membantu bukan membuntu. Carilah KEAMPUNAN ALLAH dengan membanyakkan istighfar & bertaubat.
Carilah KEKAYAAN HAKIKI dengan kesyukuran yang terpenuh di hati.


Terus Mencari CINTA ILAHI..
Ku Dambakan Cinta-Mu Ya Rabb..

Duhai Hati


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi, kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi, kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan."

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih, minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la.

Pernah kita bangun malam, solat sunat, solat tahajud, solat taubat? Pernah? Ada, waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu? Ada? Ada, masa dah nak peperiksaan, waktu rasa keputusan macam ada aura nak gagal. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat keputusan tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm, entah la, tak ingat pula.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu kepada kita.

Alangkah tidak malunya kita. Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali iblis laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

نادي المسجد عماد رامي




نادى المسجد للأمة يا أمتي أين شبابي
للطاعة تحلو الهمة فالهمة فيها حياتي
...
نادى المسجد للأمة نادى المسجد للأمة
نادى المسجد للأمة نادى المسجد للأمة

يا بلال الدين كبر كبر الله اكبر
الله الله اكبر
وبحمد الله كبر كبر يا بلال أكثر
الله الله أكبر

فالمسجد نادى للناس يا مسلم اين الاخلاص

نادى المسجد للأمة يا امتي اين شبابي
للطاعة تحلو الهمة فالهمة فيها حياتي

نادى المسجد للأمة نادى المسجد للأمة
نادى المسجد للأمة نادى المسجد للأمة

يا بلال الدين نادي نادي فصوتك يحيي فؤادي
الله الله أكبر
يا بلال الدين نادي نادي فصوتك يحيي فؤادي
الله الله أكبر

فالمسجد نادى للناس يا مسلم أين الاخلاص

نادى المسجد للأمة يا أمتي أين شبابي
للطاعة تحلو الهمة فالهمة فيها حياتي

نادى المسجد للأمة نادى المسجد للأمة
نادى المسجد للأمة نادى المسجد للأمة

---------------------------------

Masjid Ini Menyeru Umat
Wahai Umatku
Di Mana Pemuda-Pemuda
Yang Taat Yang Mempunyai Kesungguhan?
...Dalam Kesungguhan Itulah Kehidupanku

Wahai Bilal Agama
Bertakbirlah Takbirlah Allahuakbar
Dan Dengan Pujian Allah
Bertakbirlah Takbirlah Wahai Bilal Sebanyak-Banyaknyanya

Masjid Ini Menyeru Manusia
Wahai Muslim Di Manakah Keikhlasan?
Wahai Muslim Di Manakah Keikhlasan?

Wahai Bilal Agama,
Serulah Serulah Dengan Suaramu
Yang Menghidupkan Hatiku Jiwaku

Masjid Ini Menyeru Manusia
Wahai Muslim Di Manakah Keikhlasan?
Wahai Muslim Di Manakah Keikhlasan?